Watak dan Perwatakan Yamamoto-Genryūsai_Shigekuni

Khabarnya, dia merupakan kapten terkuat dalam Gotei 13. Yamamoto dipaparkan sebagai seorang lelaki tua yang berjanggut panjang. Terdapat banyak parut di bahagian torso dan kepalanya yang memberi gambaran bahawa dia pernah terlibat dalam banyak pertarungan. Dia memakai baju seragam shinigami piawai yang bersaiz sangat besar. Haorinya hanya diletakkan agar menutupi belakangnya dan bukan dipakai seperti kaptan lain.

Sebagai Jeneral Gotei 13, Yamamoto sangat dihormati oleh shinigami lain terutamanya Komamura Sajin (dia melihat Yamamoto sebagai wira yang menyelamatkan nyawanya). Seperti Kuchiki Byakuya dan Soifon, dia percaya bahawa arahan mesti dilaksanakan dan membenci sesiapa yang melanggar peraturan.

Keupayaannya sebagai shinigami amat tinggi dan dia mampu menumbangkan Leftenan Bahagian ke-8 Ise Nanao dengan hanya merenungnya dan melepaskan kuasa semangat. Dia juga dapat berlawan dengan dua kaptan berkemahiran tinggi iaitu Kyōraku Shunsui dan Ukitake Jūshirō buat beberapa ketika tanpa dilukakan sementara mereka berdua memperoleh luka-luka kecil.